PENGENALAN
Guru
memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru
dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan
persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan
pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat murid. Pemahaman bab 2
membolehkan kita sebagai guru menjadikan suatu panduan bagi melancarkan tugasan
harian guru.
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ø Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah
tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian
dalam pembelajaran.
Ø Persekitaran
yang sihat mendorong murid untuk minat belajar.
Ø Iklim
yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat menwujudkan
motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.
Ø Ia
melibatkan :
Ø Pendekatan
pengajaran
Ø Corak
komunikasi
Ø Kemahiran
guru dalam mengurus
Ø Kawalan
murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P
Ø Personality
guru.
Persekitaran
fizikal
Ø Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran
murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.
Ø Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu
menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Ø Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:
ü susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
ü sumber
bahan pembelajaran
ü ruang/sudut
pembelajaran
ü ruang
pada dinding
ü pencahayaan,
pengudaraan dan perabot
ü kebersihan
Persekitaran
psikososial
ü Suasana
selsa dan mesra
ü bebas
daripada ancaman bahaya fizikal
ü perasaan
diterima
ü sensitif
dan peka kepada perbezaan individu
ü suasana
yang meransang pembelajaran
ü mewujudkan
komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
ü menggalakkan
pembelajaran koperatif
ü peluang
yang sama untuk semua murid
Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh
ditunjukkan oleh guru:
ü Penggunaan
bahasa yang sopan dan mudah difahami
ü Memberi
perhatian dan menghormati keputusan murid
ü Menjadi
seorang pendengar yang aktif
ü Menggunakan
pergerakan fizikal seperti tangan dan mimic muka secara berkesan
ü Bersemangat
semasa mengajar dan lontaran suara yang jelas
ü Memanggil
murid dengan namanya
ü Mempunyai
kontek mata apabila berbicara dengan murid.
Peraturan
dan rutin bilik darjah
Peraturan dan rutin bilik darjah ialah
kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik
darjah
ü ayat
peraturan mesti ringkas dan jelas
ü peraturan
yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik
darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
ü hadkan
bilangan peraturan
ü peraturan
adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
ü selaras
dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN
PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
a.
DUA PROSES
PENGUKURAN :penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai
kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
PENILAIAN :proses membuat keputusan
berdasarkan hasil daripada pengukuran.
b.
Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
ü kesahan
- sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau
mengukur perkara yang sepatutnya diukur
ü kebolehpercayaan
- merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat
memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
c.
Dua bentuk pentaksiran
ü formatif
- sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh
mana objektif pengajaran tercapai
ü sumatif
- dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid
dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
d.
Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid.
murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu
akan dinilai.
e.
Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar,
menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah
tingkah laku.
Proses
penyediaan ujian dan peperiksaan
ü kekerapan
ujian dalam satu penggal atau semester
ü tarikh
ujian dan peperiksaan
ü menggubal
soalan ujian
ü tempoh
masa setiap ujian
ü ujian
atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan
atau kemahiran yang telah diajar
ü soalan-soalan
ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
ü bincang
dengan guru mata pelajaran lain
ü murid
dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
ü biasakan
murid dengan format ujian atau peperiksaan
Pentadbiran
ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
ü sediakan
persekitaran selesa
ü benarkan
murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
ü murid
seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk
memberikan arahan atau peraturan
ü mencatat
kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
ü pen
tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
PENGURUSAN
SUMBER MAKLUMAT MURID
a.
ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak
sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
ü maklumat
ibu bapa/penjaga
ü tanggungan
ibu bapa/penjaga
ü maklumat
murid
ü maklumat
bantuan yang diterima murid
ü penyimpanan
data peribadi murid
b.
kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
ü buku
rekod guru kelas
ü buku
laporan
ü buku
kedatangan murid
thkns back!. so awk dari IPG mana?
BalasPadam