Rabu, 9 Mei 2012

Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah

Dalam tajuk 1, kita akan membincangkan mengenai konsep-konsep pengurusan BD dan juga ciri-ciri guru yang efektif.
1)    Konsep
  • Bagi mendapatkan konsep yang lebih jelas, rujuk buku Pengurusan BD karangan Haliza Hamzah (TQ)

·       Fokus utama dalam pengurusan BD adalah perancangan yang rapi. Seorang guru yang baik harus mengelola, mengawal, melaksana perancangan dan membuat refleksi.
·   Pendekatan tradisional yang digunakan dalam pengurusan BD lebih kepada orientasi kawalan.
·      Pendekatan kini lebih kepada holistik, iaitu respon guru tidak lagi kepada salah laku murid tetapi lebih kepada pencegahan iaitu perkara yang  boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang menyumbang kepada salah laku murid.
2)    Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan BD.
2.1) Kualiti Peribadi
Ciri-ciri guru efektif.
v  Mesra, penyayang dan peramah
v  Insiprasi dan bermotivasi
v  Analitikal
v  Kreatif
v  Tabah dan mempunyai daya saing
v  Kejenakaan
v  Tenang
2.2 Ciri guru yang tidak efektif
v  Tidak yakin
v  Pemarah
v  Autokratik
v  Pesimis
v  Tiada daya usaha
v  Tegar
2.2) Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.
Seterusnya kita akan terus mendalami mengenai kemahiran-kemahiran yang perlu ada bagi menjadi seorang guru yang efektif.
Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.
Akhir sekali dalam bab 1 ialah Penghayatan dan amalan nilai murni.
2.3) Penghayatan dan amalan nilai murni.
Kod Etika Profesion Keguruan meyenaraikan
  1. Tanggungjawab kepada murid
  2. Tanggung jawab kepada ibu dan bapa
  3. Tanggung jawab kepada masyarakat dan negara
  4. Tanggung jawab kepada rakan sejawat dan profesion keguruan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Isnin, 7 Mei 2012

PKU 3106

Tajuk 2: Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas


Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Maksud kebolehan Pembelajaran Asas

·         Pengamatan (penglihatan, pendengaran, kinestetik, tactil dan haptic)
-       Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui sensori atau deria. Ia berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman – pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Kemahiran pengamatan boleh dikembangkan dan dipelajari.
-       Jenis pengamatan
a)    Penglihatan :
ü  Diskriminasi Penglihatan
ü  Ingatan Penglihatan
ü  Integrasi visio-motor
ü  Visio-kinestatik
b)    Pendengaran
ü  Diskriminasi Pendengaran
ü  Ingatan Pendengaran
ü  Integrasi visio-pendengaran
c)    Sensori-motor
ü  Koordinasi pergerakan tubuh badan / kawalan gerak visual
ü  Koordinasi motor kasar dan motor halus
ü  Imej badan sisian
ü  Arah

PKU 3106 (Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas)

Tajuk 1: Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas


Konsep Pentaksiran




























































Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Konsep Pentaksiran

·         Maksud Pentaksiran
-       Proses yang melibatkan pengumpulan data – data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

-       Phopham (2002)  menyatakan istilah – istilah pengukuran, ujian dan pentaksiran digunakan secara bersilih ganti dan sinonim.

-       Ronald L.Taylor (2000) merujuk kepada proses mengumpul maklumat

-       berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.

-      Raymond (2000) digunakan sebagai alat unutk membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas atau tidak.

-       Gearheart & Gearheart (1990) menyatakan pentaksiran satu proses sistematik unutk mengumpul dan menginterprestasikan data bertujuan keputusan intervensi dan penempatan murid – murid khas.

·         Proses penerimaan, perancangan dan perlaksanaan pendidikan khas

·         Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas
-       Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tentang :
a)    Kemahiran kognitif (kecerdasan, memori)
b)    Kemahiran motor
c)    Kemahiran persepsi (visual, auditori)
d)    Kemahiran akademik (bacaan, tulisan, matematik)
e)    Kemahiran bahasa (ekspresif, reseptif)
f)     Tingkahlaku
g)    Emosi
h)   Sosial
i)     Ekonomi
j)      Gambaran kemajuan murid


Pelbagai cara mengumpul maklumat


1) Rekod Lama
2) Sampel Kerja
3) Pengujian
4) Pemerhatian
5) Soal Selidik


Latih Tubi


Soalan: Nyatakan 3 instrumen dalam mengumpul maklumat data?
          : Berikan definisi pentaksiran dalam Pendidikan Khas secara tepat.









EXAM datang lagi :))

Salam :)) n very gud morning :)) n senyum sket la cik abe cik kakOk.


Bercerita mengenai peperiksaan yang bakal menjelma, tahun ini merupakan tahun yang istimewa berbanding tahun sebelum ini kerana saya dan seangkatan sem 3 PISMP akan ambil 5 paper. (wah, gitu).


14- EDU
15- PK Cik Jenal
22- Anatomi
23-PK Cik Rahing
24-BM (wah!stdy pomblom)


So, skrg ni baru sahaja nak stdy n mula mencari nota2 (harap2 blom tlambat)



Rabu, 11 Januari 2012

Diary 2012

10.01 malam/ 11.01.12


Alhamdulillah ptg td namaku tersenarai dlm Anugerah Pengarah untuk pointer sem 3.
Start stdy PK, PJ.


Sem ni akan aktif untuk PPIM.





Sabtu, 20 Ogos 2011

BOOK REPORT


Based on the story that I have been reading on, that is Kevin’s Quest, I could see on how it could give a lot of important moral values for us to learn and to practice it. Perjalanan hidup Kevin sebagai anak yatim akibat ditinggalkan oleh ibubapa kerana HIV sangat memberikan kesan kepada saya.
Sesungguhnya HIV adalah perkara yang biasa di negaranya namun Kevin bangkit untuk berjuang membantu bangsanya keluar dari wabak AIDS yang menjadikan dia sebagai anak yatim. Penulisan penulis yang menceritakan dari Kevin kecil sehinggalah Kevin berjaya memasuki university menjadikan saya mudah memahami cerita dengan tersusun dan mempunyai plot yang menarik.
Pada saya, perjalanan hidup dan persoalannya iaitu “what will leaders do to ensure that’s AIDS statistics do not go higher? And, “how can they create AIDS awareness where people are illiterate?”. Sebagai seseorang yang mempunyai naluri manusia sejagat, saya percaya bahawa Kevin tidak mahu dilahirkan dengan keadaan demikian, namun kerana takdirnya begitu, Kevin cuba merubah takdirnya kea rah lebih baik.
Penulis juga menceritakan kepada kita beberapa masalah yang mereka hadapi dalam usaha membantu Kevin mendapatkan tempat di Universiti namun kerana tegasnya mereka, Kevin akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Universiti Monash pada 2008. Penulis bukan sahaja membantu Kevin malah membuka mata masyarakat dunia menerusi Quest yang dinyatakan oleh Kevin.
Pengajaran daripada cerita ini, saya percaya bahawa setiap manusia mampu mencapai setiap cita-cita yang dikehendakinya. Seterusnya, tanpa usaha dan cita-cita, manusia tidak dapat mengubah takdir tanpa usaha mereka sendiri.