Rabu, 8 Mei 2013

PJM 3112 (spot past year)

hat ni sy dpt dr senior tapi hat dlu2 punya spot la. Tapi xpa, kita guna balik sebagai soalan ulang kaji. Mana2 hat duk cari soalan PJM 3112 oleh guna hat nie punya. 


Soalan Ulangkaji PJM3112. (Sila jawab dan bincangkan)

1. Definisi pengurusan sumber manusia : (Pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua twenaga pekerja yag pelbagai ke arah mencapai matlamat persatuan sukan.)

a) Berikan 5 fungsi pengurusan sumber manusia yg meliputi pelbagai aktiviti yg memberi kesan signifikan kpd semua bahagian dlm sebuah organisasi.

2. Atlet negara yg berjaya dlm Temasya Sukan jika diberikan ganjaran terutamanya dlm bentuk wang tunai sebagai menghargai kejayaan mereka;
a) Huraikan 5 kebaikan dan 5 kelemahan pemberian insentif kepada atlet.

3. Jika anda dipertanggungjawabkan untuk menguruskan peralatan sukan, aspek penyemakan stok adalah ptg bagi memastikan peralatan sukan tidak hilang dan dpt mengesan kerosakan alatan.
a) Huraikan bagaimana proses penyimpanan alatan sukan dijalankan berdasarkan kriteria susun atur alatan dan rasionalmnya.

EDU 3106 (budaya dan pembelajaran)

Sy dapat spot tapi spot pon hat past year. tapi xpa, xsalah guna ja sebagai soalan latih tubi.. ni dia


BAHAGIAN B (40 Markah)

1. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok manusia.

(a) Jelaskan dua pola budaya tersebut (4 markah)
(b) Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling pergantungan
sesama insan.
Bincangkan tiga sebab individu saling bergantung dan bergabung dalam kelompok
(6 markah)

2. Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud manusia yang hidup secara berkumpulan dan mengamalkan satu budaya yang sama.
(a) Nyatakan empat ciri utama masyarakat. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang sering berlaku dalam masyarakat. (6 markah)

3. Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
(a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas. (4 markah)
(b) Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. (6 markah)

4. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan infrastruktur untuk masyarakat luar bandar.

(a) Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan pedalaman.
(4 markah)
(b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan mereka.
Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di pinggir bandar. (6 markah)





BAHAGIAN C (40 Markah)

1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut menunjukkan kesan mesra budaya dalam kalangan murid.

(a) Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum. (10 markah).

(b) Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan masa kini. (10 markah).

2. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

(a) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran fizikal bilik darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya. (10 markah)

(b) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang relevan budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai kaum. (10 markah)


3. Komunikasi yng berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid belajar, merangsang minat, memenuhi keeperluan dan keakinan diri murid.
(a) Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan cara guru boleh melaksanakan
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)

(b) Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah serta cara-cara mengatasinya. (10 markah)


STRUKTUR
1. (a) Budaya terdiri daripada pelbagai komponen.
Senaraikan lima komponen budaya (5 markah)
(b) Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.
Nyatakan faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia (5 markah)

2. Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri.
(a) Senaraikan empat tujuan pantang larang diamalkan (4 markah)
(b) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya (6 markah)

3. Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan salah satu ciri yang terdapat dalam konsep persamaan peluang.
(a) Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di negara kita (5 markah)
(b) Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia (5 markah)

4. Cikgu Alex merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang merancang satu pelan tindakan yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
(a) Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya (5 markah).
(b) Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Alex bagi
mewujudkan persekitaran yang mesra budaya (5 markah).




BAHAGIAN C (ESEI) (40 MARKAH)

1. Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza daripada budaya formal sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai kaum.
(a) Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid
daripada pelbagai kaum yang berasa terpinggir semasa porses P&P (10 markah).
(b) Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid daripada pelbagai
kaum dapat menerima antara satu sama lain (10 markah).

2. Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.
(a) Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru semasa mengendalikan kelas bercantum (8 markah)
(b) Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan tahun 3 mengikut Kumpulan Tahun Persekolahan.
Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi tempoh masa 1 jam mengikut pengkhususan anda (12 markah)


3. Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan murid pelbagai kaum agar memudahkan mereka memperoleh ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran.
(a) Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah (10 markah).
(b) Jelaskan lima tingkah laku guru yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi dalam bilik darjah (10 markah).