Rabu, 9 Mei 2012

Tajuk 2: PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH


PENGENALAN
Guru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat murid. Pemahaman bab 2 membolehkan kita sebagai guru menjadikan suatu panduan bagi melancarkan tugasan harian guru.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ø  Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Ø  Persekitaran yang sihat mendorong murid untuk minat belajar.
Ø  Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.
Ø  Ia melibatkan :
Ø  Pendekatan pengajaran
Ø  Corak komunikasi
Ø  Kemahiran guru dalam mengurus
Ø  Kawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P
Ø  Personality guru.
Persekitaran fizikal
Ø  Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.
Ø  Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.
Ø  Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:

ü  susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
ü  sumber bahan pembelajaran
ü  ruang/sudut pembelajaran
ü  ruang pada dinding
ü  pencahayaan, pengudaraan dan perabot
ü  kebersihan
Persekitaran psikososial
ü  Suasana selsa dan mesra
ü  bebas daripada ancaman bahaya fizikal
ü  perasaan diterima
ü  sensitif dan peka kepada perbezaan individu
ü  suasana yang meransang pembelajaran
ü  mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
ü  menggalakkan pembelajaran koperatif
ü  peluang yang sama untuk semua murid
Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru:
ü  Penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami
ü  Memberi perhatian dan menghormati keputusan murid
ü  Menjadi seorang pendengar yang aktif
ü  Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimic muka secara berkesan
ü  Bersemangat semasa mengajar dan lontaran suara yang jelas
ü  Memanggil murid dengan namanya
ü  Mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid.
Peraturan dan rutin bilik darjah
Peraturan dan rutin bilik darjah ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik darjah
ü  ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
ü  peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
ü  hadkan bilangan peraturan
ü  peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
ü  selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
a. DUA PROSES
PENGUKURAN   :penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
PENILAIAN        :proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
ü  kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
ü  kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
c. Dua bentuk pentaksiran
ü  formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
ü  sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.
Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
ü  kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
ü  tarikh ujian dan peperiksaan
ü  menggubal soalan ujian
ü  tempoh masa setiap ujian
ü  ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
ü  soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
ü  bincang dengan guru mata pelajaran lain
ü  murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
ü  biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
ü  sediakan persekitaran selesa
ü  benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
ü  murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
ü  mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
ü  pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
a. ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
ü  maklumat ibu bapa/penjaga
ü  tanggungan ibu bapa/penjaga
ü  maklumat murid
ü  maklumat bantuan yang diterima murid
ü  penyimpanan data peribadi murid
b. kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
ü  buku rekod guru kelas
ü  buku laporan
ü  buku kedatangan murid 

Tajuk 1: Pengurusan bilik darjah Sekolah rendah

Dalam tajuk 1, kita akan membincangkan mengenai konsep-konsep pengurusan BD dan juga ciri-ciri guru yang efektif.
1)    Konsep
  • Bagi mendapatkan konsep yang lebih jelas, rujuk buku Pengurusan BD karangan Haliza Hamzah (TQ)

·       Fokus utama dalam pengurusan BD adalah perancangan yang rapi. Seorang guru yang baik harus mengelola, mengawal, melaksana perancangan dan membuat refleksi.
·   Pendekatan tradisional yang digunakan dalam pengurusan BD lebih kepada orientasi kawalan.
·      Pendekatan kini lebih kepada holistik, iaitu respon guru tidak lagi kepada salah laku murid tetapi lebih kepada pencegahan iaitu perkara yang  boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang menyumbang kepada salah laku murid.
2)    Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan BD.
2.1) Kualiti Peribadi
Ciri-ciri guru efektif.
v  Mesra, penyayang dan peramah
v  Insiprasi dan bermotivasi
v  Analitikal
v  Kreatif
v  Tabah dan mempunyai daya saing
v  Kejenakaan
v  Tenang
2.2 Ciri guru yang tidak efektif
v  Tidak yakin
v  Pemarah
v  Autokratik
v  Pesimis
v  Tiada daya usaha
v  Tegar
2.2) Kompetensi pengajaran dan pembelajaran
Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:
1. Kandungan mata pelajaran:
-Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.
2. Strategi pengajaran
-Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh: Guru yang efektif akan member penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.
3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.
Seterusnya kita akan terus mendalami mengenai kemahiran-kemahiran yang perlu ada bagi menjadi seorang guru yang efektif.
Kemahiran mengurus bilik darjah
Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.
Kemahiran motivasi
Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.
Kemahiran komunikasi
Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.
Kemahiran teknologi
Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.
Akhir sekali dalam bab 1 ialah Penghayatan dan amalan nilai murni.
2.3) Penghayatan dan amalan nilai murni.
Kod Etika Profesion Keguruan meyenaraikan
  1. Tanggungjawab kepada murid
  2. Tanggung jawab kepada ibu dan bapa
  3. Tanggung jawab kepada masyarakat dan negara
  4. Tanggung jawab kepada rakan sejawat dan profesion keguruan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Isnin, 7 Mei 2012

PKU 3106

Tajuk 2: Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas


Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas

Maksud kebolehan Pembelajaran Asas

·         Pengamatan (penglihatan, pendengaran, kinestetik, tactil dan haptic)
-       Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui sensori atau deria. Ia berkait rapat dengan pemikiran manusia dengan memberikan makna melalui pengalaman – pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Kemahiran pengamatan boleh dikembangkan dan dipelajari.
-       Jenis pengamatan
a)    Penglihatan :
ü  Diskriminasi Penglihatan
ü  Ingatan Penglihatan
ü  Integrasi visio-motor
ü  Visio-kinestatik
b)    Pendengaran
ü  Diskriminasi Pendengaran
ü  Ingatan Pendengaran
ü  Integrasi visio-pendengaran
c)    Sensori-motor
ü  Koordinasi pergerakan tubuh badan / kawalan gerak visual
ü  Koordinasi motor kasar dan motor halus
ü  Imej badan sisian
ü  Arah

PKU 3106 (Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas)

Tajuk 1: Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas


Konsep Pentaksiran




























































Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Konsep Pentaksiran

·         Maksud Pentaksiran
-       Proses yang melibatkan pengumpulan data – data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

-       Phopham (2002)  menyatakan istilah – istilah pengukuran, ujian dan pentaksiran digunakan secara bersilih ganti dan sinonim.

-       Ronald L.Taylor (2000) merujuk kepada proses mengumpul maklumat

-       berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.

-      Raymond (2000) digunakan sebagai alat unutk membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas atau tidak.

-       Gearheart & Gearheart (1990) menyatakan pentaksiran satu proses sistematik unutk mengumpul dan menginterprestasikan data bertujuan keputusan intervensi dan penempatan murid – murid khas.

·         Proses penerimaan, perancangan dan perlaksanaan pendidikan khas

·         Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas
-       Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tentang :
a)    Kemahiran kognitif (kecerdasan, memori)
b)    Kemahiran motor
c)    Kemahiran persepsi (visual, auditori)
d)    Kemahiran akademik (bacaan, tulisan, matematik)
e)    Kemahiran bahasa (ekspresif, reseptif)
f)     Tingkahlaku
g)    Emosi
h)   Sosial
i)     Ekonomi
j)      Gambaran kemajuan murid


Pelbagai cara mengumpul maklumat


1) Rekod Lama
2) Sampel Kerja
3) Pengujian
4) Pemerhatian
5) Soal Selidik


Latih Tubi


Soalan: Nyatakan 3 instrumen dalam mengumpul maklumat data?
          : Berikan definisi pentaksiran dalam Pendidikan Khas secara tepat.









EXAM datang lagi :))

Salam :)) n very gud morning :)) n senyum sket la cik abe cik kakOk.


Bercerita mengenai peperiksaan yang bakal menjelma, tahun ini merupakan tahun yang istimewa berbanding tahun sebelum ini kerana saya dan seangkatan sem 3 PISMP akan ambil 5 paper. (wah, gitu).


14- EDU
15- PK Cik Jenal
22- Anatomi
23-PK Cik Rahing
24-BM (wah!stdy pomblom)


So, skrg ni baru sahaja nak stdy n mula mencari nota2 (harap2 blom tlambat)